Thursday, January 21, 2010

ISL MINGGU 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

DEFINISI JSU:

Jadual spesifikasi ujian- jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya.

Rancangan persediaan item / soalan.

Dikenali juga sebagai “ Test Blue Print” dan “test Specification”

Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi : paksi “kandungan” (menegak) dan paksi “Aras kemahiran” (melintang”.

CIRI-CIRI JSU:

1. Kandungan ujian (topik-topik pelajaran.)

2. Aras kemahiran yang bergantung dengan taksonomi objektif pendidikan.

3. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

4. Bentuk soalan : objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.

5. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

6. Kepayahan/ kesukaran item ( 20%- 80%)

KEPENTINGAN JSU:

1. Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

2. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

3. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

4. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

5. Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

6. Memberi panduan untuk membentuk soalan.

7. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

8. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.

9. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JSU:

1. Tentukan tujuan ujian.

2. Tentukan jenis ujian yang perlu disediakan (objektif / esei / ujian amali)

3. Tentukan jumlah soalan bagi ujian tertentu.

4. Mengenal pasti aras hasil pembelajaran yang hendak diuji.

5. Menyenaraikan isi kandungan yang hendak diuji.

6. Menyediakan jadual dwi arah:

i. Paksi datar – aras hasil pembelajaran (Taksonomi Bloom)

ii. Paksi tegak – isi kandung yang akan diuji.

iii. Masuk nombor soalan yang berkaitan bagi isi kandung dan hasil pembelajaran yang diuji.

iv. Jumlah soalan bagi setiap aras hasil pembelajaran.

v. Jumlah soalan bagi isi kandung.

vi. Sebaran soalan untuk isi kandung dan hasil pembelajaran yang diuji dapat mencerminkan:

- Bilangan soalan yang disediakan bagi setiap isi kandung dan hasil pembelajaran yang diuji.

- Jumlah soalan yang telah disediakan untuk ujian.

vii. Aras kesukaran item ujian disediakan supaya dapat sebaran jenis soalan yang senang, sederhana dan sukar dalam nisbah 1:2:1

- Nisbah perlu ada untuk mendiskriminasikan pelajar yang pandai dengan yang lemah.

- Soalan senang memotivasikan pelajar.

- Soalan sukar mencabar pelajar.


CONTOH JSU:

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Sekolah Kebangsaan Dusun Nyiur, Seremban, Negeri Sembilan.

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : Enam

Bilangan soalan objektif : 40

Aras kesukaran soalan : 1:2:1 (mudah : sederhana : sukar)

KANDUNGAN

ARAS

PENG.

KEF.

APL.

ANA.

SIN.

PEN.

JUMLAH

PERATUS

TATABAHASA

7

8

4

0

0

0

19

47.50%

SIMPULAN BAHASA

0

3

0

0

0

0

3

7.50%

KESALAHAN AYAT

0

0

4

4

0

0

8

20.00%

PETIKAN

0

2

0

2

3

3

10

25.00%

JUMLAH

7

13

8

6

3

3

40

PERATUS

17.50%

32.50%

20%

15.00%

7.50%

7.50%

100%

Jadual 1: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

RUMUSAN:

Dalam penilaian, JSU memainkan peranan yang penting. Individu-individu yang terkaitan dengan ujian seperti calon, pendidik yang mengajar dan ibu bapa mepunyai hak dalam maksud kata sebenarnya menolak sesuatu ujian tersebut jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang terhasil daripada ujian sedemikian tidak layak digunapakai untuk tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan. Konklusinya, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran dan prosedur penilaian perlu dititikberatkan.

Thursday, January 14, 2010

ISL MINGGU 2

ISL MINGGU 2

TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATWOHL

TAKSONOMI BLOOM (DOMAIN KOGNITIF)

Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Membuat soalan berdasarkan aras pemikiran pelajar bagi menguji tahap belajar.

Menurut Benjamin S. Bloom aras kognitif terdapat 6 peringkat aras:

1.Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta, asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2.Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memeberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah pilih, terangkan, tulis semula.

3.Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data dan lain-lain.

4.Analisis

Sesuatu yang komplek dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal, antara bahagian, kenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah bezakan, pasti, pilih.

5.Sintesis

Menyepadu, mencantum, idea menjadi satu, usaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah bina, hasilkan, susun, kembangkan,

6.Penilaian

Membuat pertimbangan, termasuk member rasionl, atas dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakna dalam soalan ialah pilih, berikan, alasan, kritikan, buktikan.

www.scribd.com

DOMAIN KRATWOHL (DOMAIN AFEKTIF)

1.Penerimaan

Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolah ransangan. Tindakan adalah terhad.

2.Gerak balas

Seseorang akan bertindak balas kepada ransangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindak balas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerak balas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.


3.Penilaian

Seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian:

>penerimaan semua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan

>pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya

>komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran

4.Organisasi

Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian di antaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

5.Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Thursday, January 7, 2010

ISL MINGGU 1

ISL MINGGU 1

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENTAKSIRAN:

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Konteks pendidikan: Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan penaksiran:

1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

4. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

PENGUJIAN

Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970),

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.

(Raminah 1991:2)

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.

Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Menurut Gay (1985),

“Penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.

Tujuan penilaian:

1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.

3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.

4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya

5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.

6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.

7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.

9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Rujukan:

http://pentaksiranbahasamelayu.blogspot.com/2009/09/kaedah-penilaian-bahasa.html

http://nurulsimaothman-bmm.blogspot.com/2009/05/tajuk-15-penilaian-pengalaman.html