Wednesday, October 13, 2010

Aspek Bahasa dalam Kemahiran Menulis Bahasa dan Pemberatan: (12.10.10)


Kriteria

Deskripsi

Bahasa

· Kegramatisan (Kata-morfologi, ayat-sintaksis)

· Tanda bacaan

· Ejaan

Teknik Analisis:

ü Sebenarnya teknik analisis ini boleh dinamakan teknik gabungan kerana jelas dicampurkan unsur global dengan unsur analisis. Teknik ini amat sesuai digunakan untuk menguji kemahiran bahasa kerana 70% daripada markah diperuntukkan bagi aspek-aspek bahasa dan penglahirannya. Teknik ini juga amat berguna untuk tujuan menganalisis kesilapan. Lazimnya, isi diberi pemberatan separuh atau lebih daripada separuh. Kelaziman itu sesuai untuk memarkah esei pengajian tinggi seperti mata pelajaran Pengajian Am, Sijil Tinggi Persekolahan dan tugasan-tugasan tertentu bagi Sijil Perguruan Malaysia.

(a) Perincian Aspek Karangan Biasa

Bahasa = 40%

Ø Bagi aspek bahasa, gunakan sistem tolak iaitu tolak satu markah bagi setiap kesalahan bahasa seperti struktur frasa, struktur ayat, penggunaan kata, ejaan dan sebagainya.

(b) Perincian Aspek Karangan Berformat

Ø Perincian Markah Bahasa

· Laras dan gaya 2 markah

· Tanda baca 1 markah

· Ayat, ejaan dll. 3 markah

Pemarkahan Karangan UPSR:

· Kertas Bahasa Melayu (Ujian Penulisan) UPSR mengandungi dua soalan yang dinamakan Soalan 1 dan Soalan 2. Calon dikehendaki menjawab kedua-dua soalan. Bagi Soalan 1, calon boleh memilih sama ada Soalan 1 (a) atau Soalan 1 (b). Bagi Soalan 2, calon tidak diberi pilihan.

· Pemarkahan yang sesuai bagi kertas ini ialah teknik analisis. Jika markah penuh 50, markah bagi setiap soalan ialah 25 markah. Oleh sebab Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah menekankan kemahiran berbahasa, nisbah markah bahasa wajar melebihi markah isi. Pecahannya ialah 15 markah bagi bahasa dan 10 markah bagi isi

· Perincian markah bahasa di bawah ini lazimnya digunakan.

(a) Perbendaharaan kata 3 markah

(b) Struktur ayat 3 markah

(c) Penggunaan imbuhan 3 markah

(d) Penggunaan tanda baca 3 markah

(e) Ejaan 3 markah

· Bagi komponen perbendaharaan kata dan struktur ayat, markah boleh diberi secara global. Markah penuh diberi jika calon berjaya memperlihatkan keluasan penggunaan perbendaharaan kata dan menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat. Bagi komponen-komponen yang lain, sistem pemotongan markah boleh digunakan. Potong setengah markah bagi setiap kesalahan penggunaan imbuhan, penggunaan tanda baca, dan ejaan. Markah tidak dipotong bagi kesalahan yang berulang. Ini bermakna calon boleh kehilangan sembilan daripada 15 markah bahasa.

Rujukan:

1. http://sklaloh.kelantan.edu.my/karangan.htm

2. http://www.docstoc.com/docs/54052845/Bahasa-Melayu-Kertas-1---Skema

No comments:

Post a Comment