Sunday, October 10, 2010

ISL 5 : Jenis Penilaian Bahasa

Ujian formatif:

Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Penilaian lazimnya mewujudkan ketegangan di kalangan pelajar, guru atau ibu bapa, disebabkan penilaian melibatkan perbandingan pencapaian antara pelajar dan guru. Bagaimanapun, penilaian formatif dapat mengurangkan ketegangan ini, sebab penilaian ini adalah PRK yang tidak membandingkan pencapaian pelajar. Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.

Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa tentang tujuan penilaian formatif, iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala pelajar akan mengetahui kelemahan mereka.

Daripada kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran, yang akhirnya akan membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan penggal atau akhir tahun. Bagi memastikan pelaksanaan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oleh guru:

1. Menentukan tajuk pengajaran

Guru perlu menentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun persekolahan. Langkah yang terbaik ialah menyusun tajuk-tajuk ini mengikut peringkat kesukaran. Sekiranya sesuatu tajuk itu mempunyai cakupan yang luas, maka ia perlu dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil supaya pelajar-pelajar dapat menguasai semua tajuk kecil terlebih dahulu, sebelum meneruskan pengajaran ke tajuk lain. Sekurangkurangnya, sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu mengadakan ujian formatif untuk menilai penguasaan pelajar bagi tajuk yang telah diajar.

2. Menentukan aspek dan tahap penguasaan

Guru perlu menentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu dikuasai pelajar. Misalnya, pelajar dapat mengenal warna, simbol dan membaca mengikut keperluan tajuk berkenaan. Setelah aspek-aspek berkenaan ditentukan, maka guru perlu pula menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek-aspek yang ditentukan itu. Misalnya, apabila 80% hingga 90% pelajar menguasai sesuatu tajuk, ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai tajuk tersebut.

3. Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk

Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Setelah penyusunan elemen mengikut tahap perlakuan dibuat, guru seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut agar ia saling bertautan dan tidak terpisah.

4. Membina soalan ujian

Selepas menghubungkait elemen-elemen berkenaan, misalnya, ada sepuluh elemen dalam sesuatu tajuk, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukur penguasaan pelajar terhadap elemen-elemen ini. Antara contoh bentuk-bentuk soalan ujian yang boleh dilakukan adalah seperti dalam Rajah 3.7 di bawah.

5. Mencadangkan tindakan susulan

Di samping menilai penguasaan pelajar bagi sesuatu tajuk pengajaran, penilaian formatif dapat mengesan masalah pembelajaran. Justeru, selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian ini. Misalnya, jika pelajar-pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk, sebagai tindakan susulan, guru perlu mengulang semula tajuk berkenaan, atau mengubah pendekatan pengajaran agar pelajar dapat menguasai tajuk tersebut.

Ujian sumatif:

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir penggal/akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun, yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh penilaian sumatif ialah penilaian pada akhir tahun, peperiksaan percubaan, UPSR dan PMR.

Secara amnya, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka. Gred yang diperoleh pelajar boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar. Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk, sama ada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak. Sebelum memulakan mata pelajaran baru, pelajar dikehendaki menduduki ujian untuk menentukan sama ada mereka telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan. Sekiranya mereka sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil mata pelajaran baru. Bagi memastikan keberkesanan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberi penekanan semasa menggubal ujian sumatif.

1. Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan tajuk pengajaran, objektif pengajaran dan bilangan soalan. Jadual ini juga dapat memastikan kesahan ujian dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin disampaikan.

2. Membina soalan

Soalan-soalan hendaklah dibina berpandukan kepada JPU, dan haruslah menguji objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Ketas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yang perlu dijawab.

3. Mengumpul soalan secara sistematik

Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya, misalnya soalan objektif diasingkan daripada soalan mengisi tempat kosong, atau esei berjawapan pendek. Soalan ini juga boleh disusun mengikut tajuk atau kesukarannya.

4. Menguji soalan melalui kajian rintis

Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagi memastikan ujian mempunyai kesahan yang tinggi. Selain itu, aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikira.

5. Menyiapkan skema pemarkahan

Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya. Ia menjadi panduan semasa memeriksa jawapan, yang dapat menyelaras permarkahan supaya tidak berlaku bias dalam pemberian markah.

Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif

Perbezaan antara Penilaian Formatif (PF) dan Penilaian Sumatif (PS) ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Sebagaimana yang kita ketahui, PF bertujuan untuk mengesan penguasaan/ kelemahan pelajar bagi tajuk pengajaran tertentu yang dibuat sepanjang proses pengajaran. PS pula bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada penghujung penggal/akhir tahun persekolahan. PF boleh dibuat secara formal atau tidak formal; sementara PS pula dibuat secara formal. Tujuan utama PF ialah untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar dengan mengadakan aktiviti pemulihan atau mengubah kaedah/pendekatan pengajaran (mengadakan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang tiada masalah). Tujuan utama PS ialah untuk memberi gred pencapaian kepada pelajar, menempatkan pelajar ke dalam kumpulan yang sesuai, memberi pengiktirafan (sijil, hadiah) atau membaiki kurikulum.

Jadual : Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif

perkara

sumatif

formatif

konsep

Penilaian boleh dibuat secara formal/tudak formal bagi mengesan penguasaan/kelemahanpelajar bagi setiap tajuk pelajaran.

Penilaian yang dijalankan secara formal bagi menentukan pencapaian pelajar diakhir setiap pengajaran, seperti pada hujug semester/tahun.

Waktu penilaian kaedah

Sepanjang proses pengajaran

Formal: Ujian pensel-kertasTidak Formal: Ujian pensel-kertas, ujian lisan,tugasa, latihan. Ditadbir secara individu/berkumpulan.

Pada akhir penggal atau akhir tahun

formal: Pemerhatian, soal jawab, Ditadbir secara berkumpulan.

Tujuan

Selepas tahap kemajuan/ penguasaan pelajar ditentukan, tindakan susulan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan pelajar.

Selepas pencapaian pelajar ditentukan bagi tempoh persekolahan tertentu, gred

pencapaian diberikan kepada pelajar.

Selepas penilaian dijalankan

Mengatasi kelemahan pelajar dengan mengulang semula topik atau mengadakan pemulihan.Menjalankan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang tiada masalah.

Menempatkan murid mengikut pencapaian.Memberi pengiktirafan – sijil hadiah dan sebagainya.Membaiki

kurikulum.

Ujian kefasihan:

  • Ujian ini dilakukan bagi menentukan setakat mana murid mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
  • Ia berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian kefasihan tidak berdasarkan kepada sesuatu isi pelajaran sebaliknya menilai kebolehan global (umum) pada bahasa yang dipelajari murid terbabit.
  • Ujian ini sering digunakan bagi menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehannnya.
  • Ia dinilai dari segi :
    ~ Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas.
    ~ Intonasi dan nada yang betul.
    ~ Pemilihan ungkapan yang betul.
    ~ Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas.
    ~ Posisi tubuh yang betul.
    ~ Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk mennyerap perkataan)

Ujian kemajuan:

  • Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
  • Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.
  • Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
  • Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruha

Ujian bakat:

  • Ujian bakat bertujuan untuk mengesan bakat seseorang pelajar dalam menguasai bahasa asing sama ada khusus pada satu-satu bahasa atau secara keseluruhan.
  • Ujian ini adalah khusus untuk menelaah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari.
  • Ia melibatkan data-data bahasa yang ‘artifical’ yang mengandungi pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainnya.
  • Hasil ujian direkod dan dianalisis untuk membantu guru memahami masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar yang berbakat untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat

Ujian pencapaian:

  • Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
  • Soalan-soalan yang dikemukakan pula berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
  • Ujian pencapaian boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester persekolahan.
  • Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
  • Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan pelajaran.

Rujukan:

Ø http://dayangnurkhadijah.blogspot.com/2009/05/interaksi-5-jenis-penilaian-bahasa.html

Ø http://assyidah-fouvritesubject.blogspot.com/2009/08/penilaian-formatif-dan-sumatif.html

No comments:

Post a Comment