Sunday, October 10, 2010

ISL 6 : Kaedah Penilaian Bahasa (Kontrak Pembelajaran Dan Soal Jawab)

Pemerhatian melalui Kontrak Pembelajaran

Ø Dikenali juga sebagai perjanjian pembelajaran kontrak yang dibuat antara guru dan pelajar.

Ø Persetujuan / kontrak antara guru dengan murid (individu / kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis.

Ø Ia meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugas berkenaan iaitu ;

  • bentuk akhir tugasan dihasilkan - tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan.
  • bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan - adakah secara individu / kumpulan.
  • jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan dari setiap individu yang terlibat.
  • berapa lama dan bilakah tugasan tersebut perlu disiapkan.
  • konsikuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut.

Ø Kontrak biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat-syarat/kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Ø Fungsi kontrak pembelajaran

  • pelajar mengenalpasti dan merekod.
  • menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri.
  • mengenalpasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
  • menetapkan jangka masa pelaksanaan untuk penghasilannya.
  • menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran / tugasan akan dinilai.
  • membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjayanya iaitu dari awal hingga hasil terakhir.

Penilaian Melalui Soal Jawab

Ø Ia membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid2nya melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam kelas.

Ø Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar.

Ø Melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran.

Ø Kemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Rujukan:

· http://dayangnurkhadijah.blogspot.com/2009/05/interaksi-7-kaedah-penilaian-bahasa.html

No comments:

Post a Comment