Wednesday, October 13, 2010

ISL 6 : Kaedah Penilaian Bahasa (Portfolio dan Pemerhatian)

Penilaian Melalui Portfolio

v Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

v Ciri-ciri :

  • portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti.
  • proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kreatif dan kritis serta pemilihan maklumat dari peringkat awal hingga akhir.
  • kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak.
  • kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.

v Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina :

  • portfolio kerja harian - bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan.
  • portfolio hasil terbaik - dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio keja harian. ini berbentuk sumatif.
  • portfolio dokumen - hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.

v Kegunaan portfolio :

  • membolehkan guru2 menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian holistik.
  • mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri.
  • membolehkan guru memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahiran2, pengetahuan dan kefahaman.

v Perancangan sebelum membuat portfolio :

  • menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
  • isi kandungan portfolio.
  • pemilihan isi kandungan bahan dan sumber portfolio.
  • penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.

Penilaian Melalui Pemerhatian:

v Pemerhatian dilakukan secara berterusan dan mengikut jangka waktu yang diperlukan / ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

v Cara ini boleh dilaksanakan secara senarai semak, rekod anekdot,rekod profil.

v Kualiti pemerhatian :

  • guru mempunyai sifat-sifat pemerhati iaitu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan persekitaran.
  • ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil dalam sesuatu situasi.
  • tekal dan stabil dalam penilaiannya.

v Bentuk perancangan :

  • menyediakan alat relevan dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
  • menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
  • merangka tindak susur yang akan dijalankan mengikut konsikuen yang dijalankan daripada pemerhatian itu.

v Merekod penilaian pemerhatian

  • rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku yang tersusun dari segi pendekatan atau kaedah kumpulan atau individu.
  • cara merekodkan dapatan dan rumusan direkod mengikut urutan yang betul.
  • tindakan susulan rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susulan yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.
  • rekod anekdot - boleh digunakan untuk menilai kecekapan / kecerdasan individu dalam bidang-bidang tertentu seperti kecekapan linguistik/bahasa, kecekapan muzik, kecekapan pergerakan badan, kecekapan intrapersonal.

v Jenis-jenis pemerhatian:

  • memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan dengan melapor apa yang dilihat sahaja.
  • memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara "open-minded" iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan dan perlakuan.
  • memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.

v Strategi pelaksanaan:

  • secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/yang dirancang.
  • guna senarai semak/rekod anekdot.
  • secara global / analitik mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran.
  • proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensel dan kertas/secara berkomputer mengikut keperluan dan kesesuaian.
  • tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian hendaklah dibuat selepas mengkaji kesan dan implikasinya ke atas pelajar.
  • jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keperluan dan keadaan.
  • maklum balas diperolehi melalui pemerhatian guru / tindak balas pelajar.
  • refleksi tentang pengalaman boleh dikategorikan sebagai pemerhatian.

v Fungsi penilaian melalui pemerhatian:

  • guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor afektif dan kognitif pelajar.
  • guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudah cara, tutor dan pendidik.

Rujukan:

Ø http://dayangnurkhadijah.blogspot.com/2009/05/interaksi-6-kaedah-penilaian-bahasa.html

No comments:

Post a Comment